Khasiat Susu
APA ITU SUSU KOLOSTRUM C2JOY ?
Produk Legend yang dipasarkan oleh Syarikat Tunas Duta Cemerlang (TDC) Malaysia sejak tahun 2006 lagi, namun ia sudah sangat terkenal di pasaran Indonesia yang sebelum ini dipasarkan oleh Mygoldenduck Indonesia.
Susu C2Joy adalah susu yang mempunyai kombinasi terbaik iaitu Susu Kolostrum dan Susu Kalsium TruCal® . Susu C2Joy adalah susu yang sangat bermanfaat kerana mengandungi IGG diimport dari New Zealand dan Trucal® diimport dari USA.
C2Joy diformulasi dengan dua ramuan utama, TruCal ® (Sumber Kalsium & Mineral yang dimampatkan dari Susu Asli), satu formulasi yang dipatenkan daripada Glanbia PLC (OTCMKTS: GLAPF), dan juga Kolostrum Lembu Asli daripada New Zealand.
Kedau-dua formulasi diimport dan diproses di Kilang C2Joy di Malaysia yang diberikan pengiktirafan pensijilan MeSTI, GMP, HACCP, ISO 22000 dan Halal JAKIM.
Susu Kolostrum adalah susu awal lembu yang dihasilkan oleh lembu betina selepas melahirkan anak sehingga 48 jam. Susu Kolostrum C2Joy pula adalah susu yang di ambil dalam tempoh 6 jam pertama untuk mendapatkan keupayaan nilai kolostrum yang lebih tinggi lagi. Flash-pasteurised pada suhu 72◦ selama 15 saat (bertujuan untuk membasmi segala kuman dan mikroorganisma berbahaya tetapi mengekalkan segala nutrisi dan bahanaktif)
Susu Kolostrum C2Joy Mengandungi
- 2.25% IgG (immunoglobulin) yakni lebih kurang 337.5mg (Pengesahan daripada ICR ) Institue Of Colostrum Research
- 600mg Calcium Tru Cal D7
TruCal®: Bukan Sebarang Kalsium
TruCal® merupakan formula khas daripada Glanbia Nutritionals, Inc. yang mengekstrak mineral susu dalam bentuk yang boleh digunakan dalam pelbagai medium. TruCal® adalah pecahan mineral dalam susu yang telah dipekat dan dipeluwapkan menjadi serbuk. Ia termasuk makro-mineral (Ca, Mg, K, P) dan mineral surih (Cu, Zn, Fe), yang merupakan mineral asas untuk mengoptimumkan kesihatan badan.
Antara kebaikan TruCal® ialah :
- TruCal® menyediakan sumber biologi dalam mineral susu yang mudah diserap dan fisiologi untuk pembentukan tulang dan mineral.
- TruCal® terbukti lebih berkesan dalam peningkatan kekuatan dan kepadatan tulang berbanding susu kalsium premium yang lain.
- TruCal® terbukti lebih berkesan daripada sumber kalsium biasa dalam mengelakkan kehilangan tulang dan membina tulang yang kuat dalam kajian klinikal dengan badan manusia selama 6 minggu.
- TruCal® membantu dalam pembentukan keseimbangan optimum antara sumber kalsium dan mineral penting lain untuk kesihatan dan kekuatan tulang.
- TruCal® adalah formulasi unik yang boleh digunakan dalam pelbagai medium untuk membantu individu mengoptimum dan mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.
Keistimewaan Susu Kolostrum C2Joy:
- Meningkatkan kesegaran dan kesihatan secara keseluruhan.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Meningkatkan dan memperbaiki sistem metabolisma badan.
- Memperlambatkan proses penuaan (Anti-Aging) / awet muda.
- Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
- Mengurangkan lemak di dalam tubuh tanpa perlu diet.
- Membentukkan otot tanpa lemak.
- Memperbaiki Tisu dan Kulit tubuh badan.
- Menurunkan kadar kolestrol dan kadar gula dalam darah.
- Memelihara kekuatan tulang (Osteoporosis).
- Memelihara fungsi hati, jantung, ginjal, paru-paru dan saluran pernafasan.
- Mengatasi penyakit ulser.
- Mencegah pertubuhan sel tumor.
- Mencegah serangan jantung, strok, dan penyakit Alzheimer.
- Melawan virus, kuman,bakteria dan parasit.
- Menstabilkan tekanan darah.
- Pemulihan sel, DNA dan RNA.
- Anti-Alergi, Anti-inflamasi dan Anti-Toksik.